top of page

TUDM bakal laksana penerbangan taktikal, terbang rendah di Sandakan

  • nabalunews
  • Sep 23
  • 1 min read

ree

23 September 2025


KOTA KINABALU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan penerbangan secara taktikal pada altitud rendah di ruang udara sekitar kawasan Op PASIR di Sandakan, bermula 29 September hingga 3 Oktober ini.


TUDM memaklumkan, latihan taktikal itu bertujuan menguji tahap keupayaan Military Rescue Sub Centre East (Mil-RSC East) di Markas Wilayah Udara 2 dalam melaksanakan koordinasi carilamat bersepadu antara tentera dan agensi awam di Pantai Timur Sabah.


“Selain itu, latihan ini juga bertujuan mengekalkan kompetensi dan kemahiran pegawai serta anggota dari aspek merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan misi carilamat,” menurut TUDM dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh latihan, pesawat TUDM akan melakukan penerbangan taktikal pada altitud rendah selain pergerakan aset maritim milik agensi penguat kuasa di kawasan latihan yang telah digazetkan.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik atau cemas sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah atau menyedari kehadiran aset pertahanan di kawasan sekitar sepanjang latihan berkenaan dijalankan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page