Tular video ucapan Pembantu Menteri GRS tanding Parlimen Kota Marudu lawan PBS
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tular video ucapan Pembantu Menteri GRS tanding Parlimen Kota Marudu lawan PBS

Datuk Wetrom Bahanda (kanan) dan Datuk Maximus Ongkili (kiri).

15 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tular ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandau yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah akan bertanding atas tiket Parti Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Kota Marudu.


Datuk Wetrom Bahanda menyatakan demikian dalam ucapannya pada majlis perjumpaan bersama ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Matunggong, pagi tadi.


Bagaimanapun beliau belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Wetrom ketika berucap pada majlis itu, yang tular di media sosial.

Beliau adalah mantan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu sebelum beralih ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 2019 dan dilantik pengerusi Zon 1 bagi PPBM Sabah.


Wetrom dicalonkan bagi DUN Bandau iaitu DUN baru bagi Sabah atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah tahun 2020.


Pada pilihan raya itu Wetrom menang dengan 5,853 undi menewaskan pencabar terdekat dari calon Parti Warisan Majamis Timbong yang hanya memperolehi 2,500 undi dan calon-calon lain dari USNO, PCS, LDP dan Bebas.


Pada PRU14, Datuk Dr. Maximus Ongkili berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kota Marudu dengan majoriti 1,774 undi menewaskan calon daripada Parti Harapan Rakyat Sabah, Warisan dan parti Cinta Sabah.

Poster ini juga turut tular di media sosial.

Sementara itu para pengundi khususnya kawasan Parlimen Kudat turut tertanya-tanya sama ada Dato Verdon Bahanda akan mengikuti jejak abangnya menyertai Parti Warisan.


Ini kerana tular di media sosial poster Verdon akan bertanding atas tiket Warisan bagi Parlimen Kudat pada PRU15, bagaimanapun beliau belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu.


Difahamkan sebelum ini Verdon  dicadangkan oleh Bahagian Umno Kudat sebagai calon Umno bagi kerusi Parlimen Kudat pada PRU15.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page