top of page

Tun Musa Sempurnakan APUMS 2026, Rai Kejayaan Penyelidik

nabalunews
2 hours ago
1 min read

26 Sept 2026


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, selaku Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), menyempurnakan Anugerah Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (APUMS) 2026 di sini, pada Jumaat.


Anugerah Khas Tun Canselor yang merupakan anugerah tertinggi APUMS telah dinobatkan kepada penyelidik dari Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan, Professor Dr. Suzan Benedick.



Dr. Suzan menerima wang tunai RM5,000 beserta sijil dan trofi yang disampaikan sendiri oleh Canselor UMS, Tun Musa.


Antara anugerah lain yang turut disampaikan dalam majlis itu ialah Anugerah Penyelidik Cemerlang Penyelidik Malim (Kategori Sains & Teknologi) yang dianugerahkan kepada Profesor Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri.


Manakala Anugerah Penyelidik Cemerlang Penyelidik Muda pulak dianugerahkan kepada Dr. Lucky Goh Poh Wah dan Dr. Tay Kai Xin masing-masing dalam kategori Sains & Teknologi dan Sains Sosial.


Turut hadir, wakil Ketua Menteri, Datuk Caesar Mandela Malakun, Naib Canselor UMS Prof, Datuk Dr. Kasim Mansur dan Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datuk Norali @ Ag Norali Ag Damit./Penerangan-

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page