top of page

Tungkus Misompuru Enterprise Sampaikan Sumbangan Kepada Kelab Melangkap United

  • nabalunews
  • Oct 3
  • 1 min read

ree

3 Oktober 2025


KOTA BELUD: Tungkus Misompuru Enterprise telah menyampaikan sumbangan kepada Midon Gandua, wakil Kelab Melangkap United, bagi menyertai Karnival Bola Sepak 11 Sebelah Piala Pisompuruan Tertutup Kadamaian yang akan berlangsung dari 4 hingga 11 Oktober 2025.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Syarikat, Anichlose Kesimin, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Padang Dundau, Kampung Piasau, Kota Belud. Beliau menyatakan bahawa sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan syarikat kepada pembangunan belia dalam bidang sukan serta menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti sihat dan membina sahsiah.


Karnival anjuran tempatan ini dijangka menarik penyertaan dari pelbagai pasukan sekitar kawasan Kadamaian dan sekitarnya, serta menjadi platform penting dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak peringkat akar umbi.


Majlis perasmian penutupan karnival ini dijadualkan akan disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian serta Presiden United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO)

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page