Umat Islam di Malaysia akan sambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun
- nabalunews
- May 27
- 1 min read

27 Mei 2025
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu, 7 Jun, selepas tarikh 1 Zulhijjah 1446 Hijrah disahkan jatuh pada Khamis.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selepas melihat anak bulan Zulhijjah pada petang Selasa, 27 Mei, yang bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1446 Hijrah.
"Dengan ini, saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446 Hijrah adalah pada Khamis, 29 Mei 2025, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja," kata Tan Sri Syed Danial dalam pengumuman yang disiarkan malam tadi.
Sehubungan itu, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) akan disambut pada hari Sabtu, 7 Jun, di seluruh negeri di Malaysia.
Comments