top of page

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu

  • nabalunews
  • 45 minutes ago
  • 1 min read

19 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac 2026.


Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi.

.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 21 Mac 2026,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung.


Keputusan menetapkan Hari Raya Aidilfitri 2026 bersamaan 1447 Hijrah dibuat melalui proses cerapan anak bulan Syawal yang dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara bagi menentukan permulaan bulan baharu dalam kalendar Islam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page