Undian JKKK Kampung Taginambur Bt. 10 Buka Laluan Kepimpinan Baharu
- nabalunews
- 14h
- 1 min read

6 Februari 2026
KOTA BELUD: Proses pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Taginambur Batu 10 telah berjalan lancar melalui kaedah undian hari ini, 6 Februari 2026.
Acara tersebut menandakan permulaan proses pemilihan selama dua minggu untuk jawatan pengerusi JKKK di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.
Majlis yang dikendalikan oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat UPPM Kadamaian, Joel Ewel Deukin, dibantu oleh Pemaju Mukim, Hadlee Panchai, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Micheal Liman dan June Sims Simbih. Micheal Liman telah terpilih sebagai pengerusi baharu.

Dalam kenyataannya, Micheal memuji proses pemilihan JKKK secara undian yang diilhamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, sebagai pendekatan yang sangat baik. Beliau berpendapat kaedah itu memberi peluang kepada komuniti untuk melaksanakan kuasa mutlak demokrasi.
Beliau turut menekankan komitmennya untuk meneruskan usaha membangunkan komuniti di bawah seliaannya. Micheal berhasrat memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) yang sehaluan dan fokus kepada keperluan komuniti Kampung Taginambur Batu 10.

Beliau juga menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Ewon, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri III, dalam memacu pembangunan di DUN Kadamaian.

Turut hadir memerhati proses pemilihan pertama ini ialah Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Jeremy @ Ukuh Malajad, dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Kadamaian, Fandhy Rajin.


















Comments