top of page

Empat lelaki ditahan dalam Operasi Tapis Narkotik di Sandakan

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

25 Mei 2025


SANDAKAN: Empat lelaki telah ditahan dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada Jumaat.


Menurut kenyataan, Polis Daerah Sandakan, operasi tersebut dilaksanakan untuk membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di beberapa kawasan di Sandakan, Sabah.


“Operasi dimulakan pada pukul 10 pagi di Kampung Tinusa 2, di mana seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


“Pasukan operasi kemudian meneruskan pemeriksaan di Taman Megah Sandakan, yang menyaksikan penahanan seorang lagi lelaki di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.


“Seterusnya, operasi diteruskan di Kampung Sim-sim Sandakan, di mana dua lagi lelaki ditahan. Salah seorang ditahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” jelas kenyataan itu.


Kesemua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis amfetamina dan methamphetamine.


Kesemua suspek kini berada di Lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut. Pasukan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan terus berusaha gigih dalam membasmi penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page