UPKO Kampung Naragai Baru Terima Sumbangan Dana untuk Pembaikan Jambatan Gantung
- nabalunews
- Feb 22
- 1 min read

22 Februari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Cawangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kampung Naragai Baru telah menerima sumbangan dana daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang juga merupakan Presiden UPKO Nasional.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh kakitangan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian, Shainim Epin, kepada wakil Cawangan UPKO Kampung Naragai Baru, Julitah Kandar.
Menurut Julitah, dana yang diterima akan digunakan untuk membiayai kos pembaikan jambatan gantung yang telah usang di kampung tersebut. Jambatan berkenaan, yang sebelum ini diperbuat daripada kayu, akan digantikan dengan struktur aluminium untuk memastikan ketahanan dan keselamatan penduduk yang menggunakannya.
"Jambatan gantung ini sangat penting kerana ia menjadi penghubung utama bagi beberapa rumah di seberang sungai. Selain itu, ia juga merupakan laluan utama bagi pelajar-pelajar ke sekolah," jelas Julitah.
Beliau turut menyampaikan rasa terima kasih kepada Datuk Ewon atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan, yang disifatkan sebagai bantuan yang amat bermakna bagi penduduk kampung.
Comentários