top of page

UPKO Keningau Beri Sokongan Penuh kepada Pegawai Daerah Baharu

  • nabalunews
  • Jul 30
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KENINGAU, 30 Julai – Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Keningau, Kennedy John, bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Keningau yang baharu, Norsih Nusuri, di Pejabat Daerah Keningau semalam.


Kunjungan tersebut bertujuan mengalu-alukan ketibaan Norsih serta menyatakan keyakinan bahawa kepimpinannya mampu memperkukuh tadbir urus pentadbiran daerah dan memacu pembangunan yang lebih mampan serta inklusif.


Dalam sesi pertukaran pandangan itu, pelbagai isu strategik dibangkitkan termasuk pembangunan luar bandar, pemerkasaan golongan belia, keusahawanan, serta langkah-langkah meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.


Kennedy menegaskan bahawa UPKO Bahagian Keningau komited untuk menjalin hubungan erat serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pejabat Daerah dalam menjayakan program kemasyarakatan dan inisiatif pembangunan yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang.


Beliau turut berharap agar jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuh dari semasa ke semasa demi merealisasikan visi Keningau sebagai sebuah daerah yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

 
 
 

1 Comment


heulwendoanone
Jul 31

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Pegawai Daerah Keningau yang baharu. Diharapkan segala usaha dan perancangan dapat membawa perubahan positif kepada penduduk setempat. Selepas seharian membaca perkembangan dan bekerja, bermain Sprunky boleh menjadi cara mudah untuk merehatkan minda.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page