UPKO Kimanis aktif laksana Program Ziarah Kasih
top of page
  • Writer's pictureRowindy Lawrence

UPKO Kimanis aktif laksana Program Ziarah Kasih


Lawrence bersama, AJK Bahagian UPKO Kimanis menyampaikan bantuan makanan.

16 Mac 2022

Oleh Rowindy Belle


KIMANIS: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kimanis meneruskan aktiviti amal Program Ziarah Kasih terutamanya untuk ahli-ahli parti itu.


Ketua Bahagiannya Lawrence Odong berkata, semasa program itu pelbagai bantuan termasuk bantuan makanan, kewangan dan kerusi roda diberikan kepada ahli-ahli parti yang sakit dan memerlukan bantuan.


“Saya serta beberapa AJK Bahagian Kimanis menziarahi setiausaha bahagian kami baru-baru ini yang sedang sakit di Hospital Beaufort dan menghulurkan bantuan kewangan untuk kos rawatan beliau di hospital Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Nabalu News.


Royston menyampaikan sumbangan kewangan kepada Japlin Kuandek.

Lawrence berkata, sebelum pandemik Covid-19 melanda negara ini, UPKO Bahagian Kimanis rancak mengadakan ziarah Kasih dan program bantuan kilat terutamanya kepada mangsa-mangsa kebakaran dan banjir walaupun sumber kewangan amat terhad.


“Selain itu, UPKO Kimanis turut membenarkan ahlinya meminjam khemah serta kerusi-kerusi plastik milik bahagian itu sekiranya terdapat keperluan di majlis-majlis seperti majlis perkahwinan atau kematian tanpa mengenakan sebarang bayaran,” katanya.


Beliau turut menzahirkan rasa kesyukurannya kepada UPKO kerana semasa parti itu di blok kerajaan, Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick yang ketika itu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah sempat menyampaikan bantuan rumah PPRT kepada dua keluarga di Membakut.


Bantuan Upko Kimanis kepada mangsa kebakaran di Membakut.

Ketika ditanya perancangan beliau seterusnya, Lawrence berkata kemungkinan besar beliau akan bersara dari politik memandangkan umur beliau kini 72 tahun.


“Saya berharap lebih ramai anak muda tampil bergiat dalam parti atau badan bukan kerajaan dan berbakti kepada masyarakat,” katanya.


Sementara itu Ketua Generasi Muda (GEM) UPKO Bahagian Kimanis Russell Flavian berkata, GEM juga aktif melaksanakan program yang sama.


Russell semasa dalam perjalanan menyampaikan bantuan di sekitar Membakut dan Bongawan.

Beliau berkata, program terbaru ialah ziarah kepada seorang penduduk di Kampung Daingin Kimanis yang baru sahaja menjalani pembedahan kaki.


“Sumbangan kewangan daripada UPKO Bahagian Kimanis telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Generasi Muda Royston Adven,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page