top of page
Wartawan Nabalu News

UPKO Kota Belud anjur perlawanan persahabatan bola sepak

18 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD:  Pasukan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud menang 4-3 ke atas Mahkamah Anak Negeri (MAN) Kota Belud dalam perlawanan persahabatan bola sepak yang berlangsung di Padang Dudar Piasau, di sini, kelmarin.


Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Pemuda Upko Kota Belud Jolyhame Saran berkata, acara itu yang diadakan buat julung kalinya selepas pandemik Covid-19.


Beliau berkata, is bertujuan untuj memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pasukan dan pemain kedua-dua bahagian.


“Ini adalah antara aktiviti tahunan Upko Kota Belud selain program-program kemasyarakatan lain,” katanya.


Jolyhame berkata, acara kesukanan seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai penyertaan daripada pasukan-pasukan bola sepak lain di sekitar Kota Belud.


Comments


bottom of page