UPKO Kota Belud hadiri mesyuarat pertama bahagian PGRS Tempasuk
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO Kota Belud hadiri mesyuarat pertama bahagian PGRS Tempasuk

7 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud telah menghadiri mesyuarat tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang pertama bahagian Tempasuk pada hari Sabtu.


Delegasi UPKO Kota Belud ke mesyuarat tersebut diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Carlye Lajimin, yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap ADUN Kadamaian, Ewon Benedick.


Turut hadir serta dalam mesyuarat tersebut adalah Naib Ketua Bahagian 2, Sipail Kota, dan beberapa AJK bahagian yang lain.


Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Bahagian PGRS Bahagian Tempasuk Datuk Arsad Bistari, dalam ucapannya menyeru ahli-ahli PGRS Tempasuk untuk kurangkan berpolitik dan meningkatkan perpaduan dan silaturahim dalam komponen parti serta dengan parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).


Beliau juga menekankan semua parti untuk bekerjasama berusaha untuk membangunkan daerah Tempasuk.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page