- nabalunews
UPKO Kudat jelajah tiga kampung, buka cawangan baru

2 Oct 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUDAT: Bahagian UPKO Kudat melaksanakan program jelajah untuk mengemaskini ketua-ketua cawangan dan membuka cawangan baharu di tiga kampung N2 Bengkoka pada 30 September lalu.
Program jelajah itu diketuai oleh Ketua Bahagian UPKO Kudat Junsim Rumunzing dan turut disertai oleh Setiausaha Bahagian Mailin @ Julim Masimbin, Bendahari Bahagian Mapaham Ruminzing dan Naib Ketua Bahagian E. Tonduk Hongkong.
Ketiga-tiga kampung yang dikunjungi adalah Kg. Simpang 4, Kg. Simpang dan Kg. Botung. Di setiap kampung, UPKO menerima sambutan hangat daripada penduduk yang menyatakan sokongan mereka kepada parti tersebut.
Junsim beekata dalam jelajah itu tiga penduduk kampung dilantik sebagai ketua cawangan baru UPKO di kawasan masing-masing.
Mereka ialah Paini Rumizang di Kg. Simpang 4, Mokija Lumansan yang sebelum ini dari Parti Cinta Sabah di Kg. Simpang dan Marlin Mosodong di Kg. Botung.

Dalam pada itu, beberapa ahli Warisan di Kg. Botung juga menyertai UPKO sebagai ahli baharu.
Sementara itu, Mapaham juga Ketua Biro Pendidikan UPKO Bahagian Kudat, memberi taklimat tentang usaha Upko mengangkat pendidikan di Sabah.
Dalam taklimat tertsebut, beliau turut memperkenalkan skm Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang dipengerusikan oleh Datuk Philip Lasimbang.
Beliau berkata, Pengerusi Eksekutif YBR Datuk Philip Lasimbang telah membantu dua pelajar dari N2 Bengkoka mendapatkan bantuan tunai sebanyak RM3,000 setiap seorang untuk menampung kos pengajian mereka.
Pelajar tersebut ialah Jolina Majalis yang menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Advwon Jakri menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
