top of page

UPKO Kudat Tegas Guna Bendera dan Logo Rasmi Hadapi PRN17 – Dr. Ahzveens

  • nabalunews
  • Sep 4
  • 1 min read

ree

4 September 2025


KUDAT: Timbalan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kudat, Dr. Ahzveens @ Hilary Akian, menggesa seluruh kepimpinan, ahli serta jentera parti agar menggunakan bendera dan logo rasmi UPKO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).


Menurutnya, penggunaan bendera dan logo rasmi bukan sekadar simbol, tetapi mencerminkan kesetiaan, identiti, dan perjuangan parti tempatan yang berteraskan aspirasi rakyat Sabah.


“UPKO mewakili identiti rakyat Sabah yang mahu melihat pembangunan seimbang, pengagihan ekonomi yang adil serta pembelaan hak dan maruah masyarakat luar bandar.


“UPKO juga adalah parti yang konsisten memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah, termasuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan mendokong prinsip autonomi, keadilan serta kesejahteraan bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dr. Ahzveens berkata, kekuatan UPKO terletak pada akar umbi yang kukuh, rangkaian kepimpinan berpengalaman serta sokongan masyarakat pelbagai etnik di negeri ini.


“UPKO memahami budaya, adat dan aspirasi tempatan. Dengan gabungan pengalaman serta idealisme, parti ini kekal relevan sebagai suara yang tidak pernah luntur memperjuangkan hak rakyat Sabah,” tegasnya.


Menurutnya, bendera dan logo UPKO membawa makna perpaduan masyarakat majmuk di Sabah, yang menjadi asas kepada negeri progresif dan makmur.


Sehubungan itu katanya, semua calon, ahli serta jentera parti disaran agar memastikan bendera dan logo rasmi digunakan dalam setiap program kempen, pusat operasi dan bahan promosi sempena PRN17.


“Dengan mengangkat logo dan bendera UPKO, kita menghantar mesej jelas bahawa kesatuan rakyat Sabah adalah kekuatan terbesar untuk membina masa depan yang lebih adil, makmur dan bermaruah,” ujarnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page