UPKO Libaran anjur taklimat persediaan hadapi PRU15
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO Libaran anjur taklimat persediaan hadapi PRU15


24 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Libaran akan meneruskan Taklimat Persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15) kepada semua jentera pilihan raya kawasan itu.


Ketuanya Dr.Peter Jr.Naintin berkata, taklimat itu telah dimulakan sejak awal bulan ini melibatkan Ketua-Ketua Cawangan, Ketua PDM dan Ketua CLC.

“Dua sesi sudah dilaksanakan dengan jumlah kehadiran seramai 36 orang pemimpin tempatan. Sesi ini akan diteruskan sehingga semua pemimpin di setiap kampung mendapat maklumat jelas berkenaan strategi awal yang perlu dilaksanakan di peringkat akar umbi.


“Dalam masa terdekat ini, taklimat bagi sesi ketiga akan diadakan dengan kehadiran Jemputan Khas Naib Presiden UPKO  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedict,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.

Taklimat Persediaan PRU15 yang diadakan secara berperingkat-peringkat itu disampaikan sendiri oleh Dr Peter, selaku Timbalan Setiausaha Agung UPKO.


Selain itu katanya, taklimat kedua akan mengariskan keperluan untuk PACA dan Sukarelawan bagi menghadapi PRU15 di Parlimen Libaran.

Taklimat PACA dan Sukarelawan PRU15

Siri 1/2022 diadakan hari ini, disampaikan oleh Pengarah Jentera UPKO bagi PRU15 yang juga Naib Presiden UPKO dan Ketua Bahagian UPKO Sepanggar, Datuk Wong Thien Fook.


Pada majlis itu Wong turut melancaran inisiatif mencari Sukarelawan PRU15 bagi Libaran.


Bagi mereka yang berminat untuk membantu UPKO dalam PRU15 di Parlimen Libaran boleh mendaftar secara talian melalui pautan https://forms.gle/2Scy2Qok1J5tcf4d6

bottom of page