top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO nyatakan hasrat mahu tanding di DUN Limbahau


15 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PAPAR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mewakili Pakatan Harapan (PH) berhasrat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.


Presidennya Datuk Ewon Benedick berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku rakan dalam kerajaan negeri dan rakan PH.


“Secara rasminya, saya ingin mendaftarkan minat UPKO untuk bertading di kerusi DUN Limbahau mewakili PH.


“Saya akan kemukakan pendirian ini kepada Ketua Menteri selaku rakan dalam kerajaan negeri dan rakan dalam PH kita


“Pada pilihan raya lepas kerusi Parlimen ditandingi oleh DAP satu daripada parti gabungan PH tetapi dalam DUN Limbahau kita daftarkan minat untuk mahu bertanding di kerusi ini dengan kerjasama parti gabungan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmika Konvensyen UPKO Zon D (Papar, Kimanis dan Beaufort), di Dewan Kg.Biau, di sini, hari ini.


Ketika ditanya mengenai calon, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, parti itu mempunyai calon yang ingin diketengahkan.


“Soal calon, perkara kedua yang saya fikirkan kemudian. Apa yang penting ialah kita minta kerusi dulu,” katanya.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, Datuk Juil Nuatim yang bertanding atas tiket Parti Warisan memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,523 undi, menewaskan tujuh calon lain.


Pada PRN Sabah 2020, UPKO bertanding di 12 kerusi DUN namun hanya berjaya memenang satu kerusi di DUN Kadamaian.

Comments


bottom of page