top of page

UPKO Papar sokong guna logo sendiri pada PRN17

  • nabalunews
  • Sep 3
  • 1 min read

ree

3 September 2025


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Papar menyokong cadangan untuk menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) tahun ini.


Setiausaha Bahagian UPKO Papar, Roger Totu berkata, tidak salah bagi parti itu menggunakan logo sendiri pada sekiranya mendapat persetujuan pimpinan parti dan rakan-rakan dalam pakatan.


“Contohnya, pada PRN Johor yang lalu, PKR menggunakan logonya sendiri manakala DAP dan Amanah menggunakan logo Pakatan Harapan (PH).

ree

“Jadi, sekiranya dipersetujui UPKO menggunakan logo sendiri pada PRN17, bagi saya ia tidak salah, saya sokong sepenuhnya,” katanya.


Roger berkata, penggunaan logo sendiri akan lebih dekat dengan pengundi di kawasan masing-masing khususnya di luar bandar dan kawasan majoriti masyarakat Kadazandusun.


“Bagi pendapat saya, apa yang disuarakan oleh rakan-rakan pimpinan lain dalam parti untuk bersetuju menggunakan logo sendiri saya sokong. Kita harus hormat semua cadangan orang lain,” tambahnya.


Sementara itu, Ketua Pemuda UPKO Papar yang juga Exco Pemuda Pusat, Caven Fredoline berkata, beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyatakan terdapat kelemahan dalam penggunaan logo UPKO kerana parti itu sudah lama wujud dan dikenali masyarakat.


“Menang kalah dalam pilihan raya disebabkan banyak faktor antaranya calon, sentimen yang dimainkan, cara berkempen, dan bukan kerana logo semata-mata,” tegasnya.


Caven menegaskan penggunaan logo sendiri juga dapat mengelak kekeliruan pengundi dengan memperjelas identiti UPKO sebagai parti tempatan.


“Walaupun kita berada dalam gabungan PH, tetapi UPKO tetap UPKO,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page