top of page

UPKO PDM Kaung Ulu Adakan Mesyuarat Persiapan Hadapi PRN17 di Kadamaian

  • nabalunews
  • Oct 17, 2025
  • 1 min read

17 October 2025


KOTA BELUD: Jentera Pilihan Raya Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kaung Ulu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Kadamaian mengadakan Mesyuarat Siap Siaga sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).


Mesyuarat yang diadakan di kediaman Bendahari UPKO PDM Kaung Ulu itu dipengerusikan oleh Ketua PDM, Solumin Bin Salanu @ Solinu. Ia bertujuan menyelaras gerak kerja jentera serta memperkukuh strategi kempen menjelang hari penamaan calon dan pengundian.


Menurut Solumin, tahap kesiapsiagaan jentera amat penting bagi memastikan kelancaran operasi pilihan raya di peringkat PDM serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli dan penyokong parti.


“Kerjasama dan disiplin jentera adalah tunjang utama kejayaan kita dalam PRN kali ini. Kami komited memastikan UPKO terus relevan dan menjadi pilihan rakyat Kadamaian,” katanya.


Mesyuarat turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa UPKO PDM Kaung Ulu yang memberi pandangan dan cadangan bagi memperkukuh lagi kekuatan parti menjelang PRN17.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page