top of page

UPKO Putatan Berdiri Teguh Di Belakang Datuk Ewon Benedick

  • nabalunews
  • 10 minutes ago
  • 1 min read

ree

9 November 2025


PUTATAN: Selurun jentera Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Putatan menyatakan sokongan penuh yang tidak berbelah kepada Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick atas pendirian mendahulukan kepentingan Sabah berbanding jawatan menteri.


Pemangku Ketua Bahagian, James Sitawin berkata, tindakan itu jelas cuba mempertahankan hala tuju parti menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 serta isu Tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang menjadi perhatian nasional baru-baru ini.


Katanya, kesepakatan itu dizahirkan dalam satu mesyuarat khas Ahli Jawatankuasa Bahagian UPKO Putatan yang turut dihadiri Ketua Bahagian, Datuk Dr. Marcus M. Mojigoh.


“Dalam mesyuarat ini, kepimpinan UPKO Putatan sebulat suara menzahirkan sokongan padu terhadap kepimpinan Datuk Ewon Benedick, khususnya dalam pendirian tegas beliau mempertahankan hak dan kepentingan Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.


“UPKO Putatan turut berikrar untuk menyampaikan amanat dan penjelasan rasmi Presiden kepada seluruh ahli parti di Bahagian Putatan, serta kepada rakyat Putatan secara umum, mengenai keputusan berprinsip Datuk Ewon untuk melepaskan jawatan Menteri Penuh dalam Kabinet Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, keputusan itu disifatkan sebagai satu tindakan berani dan berprinsip tinggi dan satu contoh kepimpinan yang mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri Sabah berbanding kepentingan peribadi.


“Perjuangan telus UPKO untuk rakyat Sabah adalah lebih penting daripada sebarang jawatan atau kedudukan peribadi. Inilah dasar perjuangan sebenar Parti UPKO sejak penubuhannya,” tegasnya.


Sehubungan itu, James berkata, UPKO Bahagian Putatan mengulangi komitmen mereka untuk terus menyokong penuh kepimpinan Datuk Ewon Benedick dan berpegang teguh kepada slogan “Sabah First”, yang menekankan keutamaan hak dan masa depan Sabah di atas segala kepentingan lain.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page