top of page
  • Wartawan Nabalu News

Upko sampaikan sumbangan CALM kepada pelajar miskin SK Langkabong


16 Oktober 2021 Oleh Wartawan Nabalu News SANDAKAN: Ketua Wanita UPKO Kinabatangan Mohina Sidom menyampaikan sumbangan peranti telefon pintar (tablet) daripada persatuan Commonwealth Association Leadership of Malaysia (CALM) kepada beberapa pelajar SK. Langkabong Tongod di bawah kategori miskin tegar. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden CALM Sabah Hanaa Wong Abdullah, Naib Presiden CALM Merangkap EXCO Pemuda UPKO Malaysia Kennedy John Angian yang telah meluluskan permohonan bersama Cikgu Jikal Naidun PK HEM SK. Langkabong Tongod untuk bantuan tersebut.

Bakul makanan di sumbangkan oleh LION CLUB kepada pelajar berkenaan. Turut hadir menjayakan program hari ini , Junny Ling Pegawai Penerangan UPKO Kinabatangan dan AJK Pergerakan Wanita UPKO Kinabatangan Ruminah Pinsil dan Justimah Bangilon. Mohina berharap, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mengikuti pembelajaran dari rumah.

Tags:

Comments


bottom of page