UPKO Sugut terima 500 ahli baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO Sugut terima 500 ahli baharu


Felix ketika berucap pada program itu.

11 April 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


BELURAN: Seramai 500 ahli pelbagai parti sebelum ini sebulat suara menyertai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sugut.


Borang keahlian itu disampaikan kepada Ketua Bahagian UPKO Beluran yang juga Ketua Pemuda UPKO Malaysia Felix Joseph Saang selepas program penubuhan beberapa Cawangan UPKO di Paitan Sugut, Sabtu lalu.


“Penyertaan 500 ahli baharu daripada 12 cawangan Sugut membuktikan UPKO masih releven dan semakin mendapat tempat di hati rakyat pelbagai kaum di negeri ini.


Felix (tengah) bersama sebahagian ahli baharu UPKO Sugut.

“Mereka menyatakan parti UPKO adalah parti tempatan yang konsisten dan komited dalam memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Sabah.


“Parti UPKO adalah pilihan tepat untuk perubahan dan ini juga petanda terbaik bagi memantapkan perjuangan parti,” kata Felix.


Turut hadir Ketua Bahagian Libaran Dr Peter Jr Naintin dan para pemimpin parti setempat.


Felix berkata, parti itu akan terus melipatgandakan usaha menarik lebih ramai ahli terutamanya golongan muda untuk bersama-sama berjuang dalam UPKO.

bottom of page