top of page
  • Wartawan Nabalu News

Upko Tenom sampaikan bakul makanan kepada warga emas dan OKU


16 Oktober 2021 Oleh Wartawan Nabalu News TENOM: Seramai 13 warga tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Kampung Gumisi Laut Kemabong, di sini, menerima sumbangan bakul makanan daripada UPKO Tenom.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pemuda dan Generasi UPKO melalui Program Sentuhan Kasih UPKO Tenom.

Rombongan ke Kampung Gumisi Laut Kemabong disertai oleh Ketua Pemuda UPKO Tenom Gideon Gadit, Ketua Generasi Muda UPKO Tenom dan Herekson Rubin mewakili Ketua Bahagian UPKO Tenom Junik Bajit.

Penduduk Kampung Gumisi Laut Kemabong mengucapkan terima kasih kepada UPKO Tenom atas keprihatinan menyampaikan sumbangan ini.

Comments


bottom of page