top of page
Wartawan Nabalu News

UPKO terima lebih 200 ahli baharu di Keningau


Ewon menerima borang keahlian daripada Ini cawangan baru Tohan Baru, PDM Merampong.

20 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KENINGAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menerima borang keahlian baharu daripada lebih 200 orang dari kawasan DUN Bingkor, DUN Liawan dan Tambunan.


Borang keahlian itu diterima oleh Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick pada Majlis “Mirumo-Rumo” (Santai) Bersama UPKO Keningau, di The DUO Spa Centre, Apin-Apin, di sini, pada Ahad.


Ketika berucap pada majlis itu, Ewon mengalu-alukan kehadiran semua yang pernah menjadi ahli atau balik semula ke pangkuan UPKO.


“Pada Disember ini, kita akan mengadakan satu program khas untuk mereka yang pernah menjadi ahli UPKO walaupun mereka berada di parti lain bagi memupuk semangat kebersamaan dalam memperjuangkan tujuan parti politik dari Sabah ditubuhkan termasuk menjayakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Ewon berharap pada pilihan raya akan datang, lebih ramai wakil rakyat UPKO memenangi sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.


“Saya yakin dalam keadaan yang positif ini akan ada tambahan Adun kita yang menang dalam pilihan raya akan datang bukan sahaja di DUN dan Dewan Rakyat tetapi di Dewan Negara. Soal dimana kita bertanding adalah satu cabaran dan tanggungjawab saya sebagai Presiden UPKO,” katanya.


Dari segi kerjasama dengan parti-parti lain, Ewon berkata, dalam politik tiada yang mustahil. “Misalnya sebelum pilihan raya kita bertanding dengan BN dan GRS tetapi hari ini sama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan”.

“Perjuangan UPKO kita perlu bawa dengan nada yang jelas tetapi soal membentuk kerjasama kita haru bijaksana dalam berdiplomasi dengan mereka. Dalam perlembagaan parti jelas menyatakan, kita boleh bekerjasama dengan parti-parti lain, badan-badan NGO, apa yang penting mereka mempunyai matlamat yang sama dengan kita,” katanya.

Comments


bottom of page