UPKO terus terima keahlian baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO terus terima keahlian baharu

2 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TENOM: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) terus menerima sokongan padu daripada masyarakat setempat dengan penyertaan ramai ahli-ahli baharu.


Terbaru hampir 100 orang dari dua cawangan iaitu Kg Mongool Baru dan cawangan Kg Tiwalas Baru menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Bahagian UPKO Tenom, Junik Bajit.


Ketua Cawangan Kg Mongool Baru, Josman Buntung dan Ketua Cawangan Kg Tiwalas Monggool Baru, Titus Enggan, juga menyatakan sokongan kepada Junik selaku Ketua Bahagian.


Mereka berkata, keperihatinan Junik terhadap rakan-rakan di kampung itu sebagai antara faktor utama yang memotivasikan mereka.


Josmon dan Titus percaya bahawa kepimpinan UPKO yang diketuai oleh Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, bersama-sama dengan Junik, dapat memastikan isu-isu penting seperti pendidikan, ekonomi, dan kebudayaan terus menjadi keutamaan, terutamanya bagi penduduk luar bandar.


Keprihatinan ini tidak hanya dilihat dari jumlah penyertaan yang meningkat tetapi juga dari semangat yang berkobar-kobar untuk menyokong UPKO/Pakatan Harapan di Tenom.

bottom of page