top of page

UPPM Kadamaian Gesa Warga Kaung Bersatu Di Sebalik Kepimpinan Baharu

  • nabalunews
  • Feb 20
  • 1 min read

20 Februari 2026


KOTA BELUD: Penduduk Kampung Kaung, di bawah pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, telah bersetuju memilih kepimpinan baharu mereka dalam proses pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berlangsung semalam di Dewan Terbuka Kampung Kaung.


Proses pengundian yang berlangsung secara demokratik itu telah diselia sepenuhnya oleh Pemaju Mukim dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Wiliam Ginting. Beliau dibantu oleh Pemaju Mukim, Hadlee Panchai serta Pemaju Masyarakat, Alycia Sikul bagi memastikan kelancaran prosedur pemilihan.


Setelah melalui proses penjumlahan undi, nama Lajun Buli diumumkan sebagai Pengerusi JKKK yang baharu, dan akan menerajui kampung bagi sesi khidmat 2026 hingga 2030.

Sejurus pengumuman tersebut, Wiliam dalam ucapannya menegaskan bahawa suara majoriti telah memutuskan hala tuju kepimpinan kampung. Beliau menyeru seluruh warga Kampung Kaung agar kembali menyatukan barisan demi kemajuan bersama.


"Komuniti telah pun membuat pilihan mereka. Kini tiba masanya kita semua berganding bahu semula. Kemajuan kampung ini bukan hanya terletak pada pembangunan semata-mata, tetapi juga merangkumi pembangunan ekonomi, kerohanian, perpaduan kaum, serta aspek keselamatan kampung," ujar Wiliam.

Kempen perpaduan selepas proses demokrasi ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada program-program pembangunan yang lebih holistik di Kampung Kaung dalam tempoh lima tahun akan datang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page