Usaha penduduk Kampung Talungan wujudkan persatuan harus dicontohi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Usaha penduduk Kampung Talungan wujudkan persatuan harus dicontohi


Carlye menerima cenderakenangan daripada Nicko.

13 Ogos 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA BELUD: Pengwujudan Persatuan Tatama Kampung Talungan satu usaha yang baik sebagai landasan untuk membantu penduduk kampung yang memerlukan bantuan tanpa bergantung sepenuhnya daripada kerajaan. Timbalan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud Carlye Lajimin berkata, walaupun baru sahaja ditubuhkan namun persatuan itu berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan membantu komuniti yang memerlukan bantuan. “Saya berharap kampung-kampung lain juga dapat mewujudkan persatuan masing-masing kerana melalui persatuan mereka boleh bertukar-tukar idea dan paling penting adalah untuk menyatupadukan penduduk kampung.

Carlye ketika berucap pada majlis itu.

“Tahniah kepada pihak pengurusan persatuan kerana berjaya melaksanakan program kebajikan dan gotong-royong,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick merasmikan Persatuan Tatama Kampung Talungan Kota Belud, di Eko Pelancongan kampung itu, di sini, hari ini.

Carlye turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Persatuan Nicko Neldy atas kejayaan mewujudkan persatuan itu.

“Golongan muda juga boleh mentadbir sesebuah organisasi asalkan mereka mempunyai pengalaman dan bijak dalam membuat keputusan,” katanya.

Beliau juga berharap agar penduduk kampung yang belum menjadi ahli supaya turut sama menganggotai persatuan itu agar sama-sama membangunkan kampung.

Persatuan Tatama Kampung Talungan ditubuhkan pada penghujung tahun 2020 bagi membantu ahli-ahli persatuan dan penduduk kampung yang memerlukan bantuan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi kerja amal.

Carlye memalu gong sebagai simbolik perasmian Persatuan Tatama Kampung Talungan Kota Belud.

bottom of page