Wanita Emas Maut Dirempuh
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

24 Ogos 2025
SANDAKAN: Seorang warga emas maut selepas dirempuh pacuan empat roda ketika cuba melintas jalan dalam kejadian di Jalan Batu Sapi, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, mangsa berusia 62 tahun dikatakan melintas sebelum dilanggar kereta Isuzu DMax yang dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan dari arah pusat bandar menghala ke Taman Mawar, di sini.
Katanya, setibanya di lokasi, mangsa wanita terbabit dipercayai melintas jalan dari kanan ke kiri jalan secara tiba-tiba.
“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu kenderaan gagal memberhentikan kenderaan dan terus melanggar mangsa.
“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke kiri jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan terus dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat.
Sehubungan itu, George menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan jalan raya bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.
Commentaires