top of page

Wanita Terselamat, Ativa Rempuh Struktur Besi Pusat Cuci Kereta

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 28 Ogos: Seorang wanita berusia 61 tahun terselamat tanpa mengalami kecederaan selepas kenderaan dipandunya merempuh struktur besi sebuah pusat cuci kereta automatik di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Khairul Shah Peri berkata, kemalangan kendiri kira-kira jam 10.30 pagi itu membabitkan sebuah Perodua Ativa yang dipandu wanita berkenaan.


Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sejurus keluar dari mesin cuci kereta automatik sebelum merempuh struktur besi premis berkenaan.


“Akibat kemalangan itu, struktur besi mesin cuci kereta automatik mengalami kerosakan, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.


Khairul Shah berkata, kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan dengan sewajarnya.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi peraturan lalu lintas serta mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page