Wanita UPKO Kota Belud anjur program ramah mesra
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Wanita UPKO Kota Belud anjur program ramah mesra


30 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KADAMAIAN: AJK Bahagian Wanita UPKO Kota Belud telah menganjurkan program ramah mesra dan suai kenal dengan AJK wanita cawangan Kg.Lobong-Lobong baru-baru ini.

 

Program tersebut telah diadakan di Dewan Komuniti Kg.Lobong-Lobong dan dirasmikan oleh Ketua Wanita UPKO Kota Belud, Datin Saniah Tuak.

 

Turut hadir dalam program tersebut ialah AJK bahagian UPKO Kota Belud , Dolois Sumbin, dan mantan Ketua Kampung .Lobong-Lobong, Malihat Gandong.

 

Program tersebut bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara wanita UPKO di peringkat bahagian dan cawangan serta untuk mendengar aspirasi dan cabaran yang dihadapi oleh wanita di kampung tersebut.

Selain itu, program tersebut juga menyediakan peluang untuk wanita UPKO beramah mesra dan makan bersama dengan penduduk kampung.

 

Sebagai tanda perhatian dan prihatin, Wanita UPKO Kota Belud juga telah melawat dan menyampaikan bantuan kebajikan berupa wang tunai kepada dua keluarga cawangan Kg.Lobong-Lobong yang memerlukan.

 

Keluaraga yang menerima bantuan tersebut ialah Monaliza@Liza Palalun dan Rasiah Kihob.

 


bottom of page