top of page

Wanita UPKO Sokong Penyertaan Parti Dalam GRS

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Mohina Sidom menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan parti untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Mohina berkata, langkah tersebut merupakan satu keputusan strategik yang mampu memperkukuh kedudukan parti tempatan Sabah.


Di samping itu katanya, identiti politik tempatan serta memperjuangkan hak negeri berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diperkukuhkan.


“Penyertaan UPKO dalam GRS selaras dengan semangat ‘Sabah First’ yang menjadi tunjang perjuangan parti, selain memperkukuh kestabilan politik dan memacu pembangunan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, Wanita UPKO menegaskan bahawa penyertaan dalam GRS membuka ruang lebih besar untuk memperkasa usahawan tempatan, memperkukuh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta melonjakkan ekonomi Sabah secara lebih tersusun dan agresif.


Katanya, ia selaras dengan kepimpinan Datuk Ewon Benedick yang menerajui agenda perindustrian dan keusahawanan negeri.


“Kerjasama dalam GRS juga diyakini mampu memperkukuh kestabilan politik negeri, sekali gus mempercepatkan pelaksanaan dasar pembangunan yang lebih inklusif dan mampan untuk rakyat Sabah,” katanya.


Sehubungan itu, Mohina menegaskan komitmen Wanita UPKO untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan parti serta memainkan peranan aktif dalam memastikan agenda pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pengukuhan hak Sabah terus dipertahankan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page