Warga Emas Berjaya Diselamatkan Dalam Kebakaran Di Kampung Hidayat, Tawau

29 September 2025
TAWAU: Seorang warga emas hanya mengalami kecederaan melecur selepas sempat diselamatkan dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah setinggan di Kampung Hidayat, Jalan Apas, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 71 tahun terbabit yang cedera di tangan segera dihantar ke Hospital Tawau menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.
Ketua BBP Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.50 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.
“Kebakaran membabitkan lapan rumah tidak kekal yang musnah sepenuhnya. Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam api kebakaran menggunakan teknik offensive dan defensive dengan satu aliran dua pancutan menggunakan sumber air dari jentera dan water tanker.
“Terdapat seorang mangsa lelami melecur pada bahagian tangan telah dihantar ke Hospital Tawau menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Titingan dan Bomba Komuniti Kampung Hidayat.
Katanya, kejayaan mengawal api kebakaran berjaya menyelamatkan 350 rumah lain serta sebuah kilang papan daripada turut terbakar.
“Selain rumah, sebuah kereta jenis Proton Wira dilaporkan turut terbakar sepenuhnya dalam insiden ini.
“Operasi dikawal pada jam 12.32 tengah hari sebelum ditamatkan sepenuhnya jam 2.15 petang selepas kawasan disahkan selamat,” katanya.
Menurutnya, operasi turut dibantu, Polis Dirsja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).















I'm relieved to hear that the elderly resident was saved during the fire in Kampung Hidayat, Tawau. It's heartening to see the community and emergency services working together in such a crucial situation. Let's hope the password game can help raise awareness for fire safety measures.
Coming to Five nights at freddy's, players will have the opportunity to experience the video game right on their screen. Your task is to guess the funny drawings that are words. A fun and interesting game