top of page
  • nabalunews

Warga emas cari pucuk nipah ditemui lemas

29 Julai 2024


BELURAN : Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari pucuk nipah di muara sungai Kampung Air, di sini, ditemui lemas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), malam semalam.


Damat Anggah, 80, ditemui kira-kira 10 meter dari perahunya, jam 11.45 malam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima laporan bahawa mangsa tersebut telah pun ditemui.


"Mangsa disahkan telah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


"Pasukan bomba kemudian melakukan pemeriksaan bagi memastikan kawasan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 1 pagi," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Media sebelum itu melaporkan, mangsa yang mencari pucuk nipah di muara sungai tersebut disedari hilang oleh penduduk kampung apabila hanya perahu dan topinya yang ditemui.


Mangsa dikatakan keluar dari rumah pada jam 9 pagi semalam untuk mengambil pucuk nipah yang terletak sejauh 1.5 kilometer dari jeti kampung berkenaan.


Keluarga mangsa menghubungi talian kecemasan 999 setelah mangsa disedari hilang dan usaha mencarinya bersama penduduk kampung, menemui jalan buntu.


Punca kematian mangsa masih dalam siasatan.

Comments


bottom of page