Warga emas ditemui selamat setelah dilaporkan hilang di Felda Sahabat 5
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

21 Mei 2025
LAHAD DATU: Seorang wanita warga asing yang dilaporkan hilang di Felda Sahabat 5, Kampung Desa Kencana, Lahad Datu semalam, berjaya ditemukan selamat selepas operasi mencari yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bantuan orang kampung.
Mangsa, dikenali sebagai Rosmini Binti Iskandar, berusia 75 tahun, dilaporkan hilang pada sekitar jam 1 petang, ketika berada di kawasan kebun sawit. Usaha pencarian awal oleh penduduk kampung tidak membuahkan hasil, dan pihak JBPM menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 10:28 malam hari yang sama.
Pasukan bomba dari BBP Lahad Datu yang tiba di tempat kejadian pada jam 1:01 pagi, 21 Mei, memulakan operasi mencari bersama pihak PDRM dan anak mangsa. Operasi ini tertumpu pada kawasan 200 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
"Operasi mencari diteruskan pada keesokan pagi bersama PDRM, APM, dan sepuluh orang penduduk kampung," kata Komander Operasi.
"Pada jam 11:40 pagi, mangsa ditemui selamat oleh ahli keluarga dalam jarak 300 meter dari rumah."
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 12:45 petang setelah memastikan tiada bahaya lain.
Comments