top of page

Warga Emas Rentung

  • nabalunews
  • Oct 25, 2025
  • 1 min read

25 Oktober 2025


KOTA BELUD: Seorang wanita warga emas ditemui rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangkahak Sunsum, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 70-an terbabit ditemui pasukan bomba di dalam bilik tidur.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgie Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.00 pagi.

Katanya, sepasukan anggota anggota dan pegawai bersama jentera terus digerakkan ke lokasi kejadian sebelum tiba 14 minit kemudian.


"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 232 meter persegi yang terbakar 100 peratus.


"Operasi pemadaman terus dijalankan menggunakan kaedah offensive dengan satu aliran sepanjang 30 meter dan dua pancutan air daripada tangki jentera," katanya dalam kenyataan media, hari ini

Menurutnya, sebaik api berjaya dikawal, seorang wanita warga emas ditemui rentung di dalam bilik tidur dan pihak forensik sedang mengenalpasti identiti mangsa.


"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.30 pagi selepas memastikan tiada lagi unsur bahaya di kawasan kejadian.


“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page