top of page

Waris Atau Kenalan Mangsa Diminta Tampil Bantu Siasatan

  • nabalunews
  • 21 minutes ago
  • 1 min read

14 Januari 2026


KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kota Kinabalu mengesahkan menerima laporan seorang mangsa yang disyaki terjatuh dari sebuah bangunan bertingkat di Lido Four Seasons, Lintas Jaya, Penampang.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,

Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian melibatkan seorang lelaki itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam, Selasa lalu.


Katanya, mangsa yang maut disyaki warga tempatan, namun identiti sebenarnya setakat ini masih belum dapat dikenal pasti.


“Sehubungan itu, mana-mana individu yang mempunyai maklumat, mengenali mangsa atau merupakan ahli keluarganya diminta untuk hadir ke balai polis terdekat.


“Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Ketua Polis Balai Tanjung Aru, Sub Inspektor Razmi Omar di talian 013-9802326,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, pada Rabu.


Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).


Sehubungan itu, Kasim memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page