Yapin Beret Dipilih Sebagai Pengerusi JKKK Kampung Terintidon
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

8 Februari 2026
KOTA BELUD: Proses pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Terintidon, DUN N11 Kadamaian bagi sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar dan teratur.
Pemilihan yang diadakan di Kampung Terintidon itu menyaksikan penglibatan aktif penduduk kampung yang hadir untuk menunaikan tanggungjawab memilih kepimpinan baharu di peringkat kampung, sekali gus mencerminkan semangat demokrasi dalam kalangan masyarakat setempat.
Seramai tiga calon telah bertanding dalam pemilihan tersebut, iaitu Flora binti Yokok yang dicalonkan oleh Ezzey Panis dan disokong oleh Ris Gintua; Idas Lumayan yang dicalonkan oleh Holiam Sagun serta disokong oleh Charles Kasitin; dan Yapin Beret yang dicalonkan oleh Jenny Gurok @ Joseph dengan sokongan Daieddey Dumin.

Keputusan rasmi pengundian menyaksikan Yapin Beret memperoleh jumlah undi tertinggi sebanyak 109 undi, sekali gus dipilih sebagai Pengerusi JKKK Kampung Terintidon bagi sesi 2026. Flora binti Yokok memperoleh 15 undi, manakala Idas Lumayan menerima 31 undi.
Pemilihan ini telah dikendalikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Fandhy Rajin, dengan kerjasama Pemaju Masyarakat, Elycia Sikul serta Pemaju Mukim, Pinol Timun dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.

Secara keseluruhan, proses pemilihan berjalan dengan lancar, telus dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.


















Comments