top of page

Yayasan Bank Rakyat bantu pesakit warga emas di Kg. Nosoob Baru

  • nabalunews
  • Oct 14, 2024
  • 1 min read

14 Oktober 2024


PENAMPANG: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyerahkan bantuan sumbangan katil pesakit kepada Jude @ Benjamin Sabastian, seorang pesakit warga emas di Kampung Nosoob Baru, di sini.


Sumbangan disampaikan oleh YB Jannie Lasimbang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, bersama Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P174 Parlimen Penampang, Bryan Matasing, serta kakitangan pejabatnya, Jennifer T dan Charles Liew pada 8 Oktober yang lalu.


Perjalanan ke kediaman pesakit turut diiringi oleh Vita Awi Anthony, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nosoob Baru, serta beberapa ahli rombongan yang lain.


Mereka bukan sahaja menyampaikan katil pesakit, tetapi juga membantu memasang katil tersebut untuk kegunaan segera pesakit.


Turut hadir adalah Carfester Mokujin, Ketua Kampung Kg. Nosoob, serta Joid Lasimbang, Ketua Pergerakan Generasi Muda (GEM) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang.


Penyerahan sumbangan katil pesakit ini merupakan hasil daripada lawatan yang dilakukan pada 7 Oktober lalu, di mana keadaan pesakit dinilai bagi memastikan keperluannya dipenuhi dengan segera.


Penyerahan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu golongan memerlukan di Penampang, sejajar dengan misi kebajikan yang dipelopori oleh Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick dan Yayasan Bank Rakyat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page