top of page

YBR Hulur Sumbangan kepada Komuniti Kampung Lobong-Lobong Kota Belud

  • nabalunews
  • Apr 2
  • 1 min read


2 April 2025


KOTA BELUD: Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyalurkan dana kepada komuniti Kampung Lobong-Lobong, Kota Belud, sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Majlis Ramah Mesra bersama Datuk Ewon Benedick. Majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada 6 April 2025 bersempena Sambutan Hari Raya.


Sumbangan itu telah disampaikan oleh Penyelaras Program YBR Kota Belud, Hadlee Panchai, yang mewakili yayasan tersebut kepada wakil komuniti, Solumin Solinu. Hadlee menyatakan bahawa inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen YBR dalam membantu masyarakat setempat.


Menurut Hadlee, sumbangan yang diberikan menunjukkan usaha YBR dalam menjalankan peranan sosialnya demi kesejahteraan rakyat. YBR merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang diterajui oleh Datuk Ewon Benedick, dan pihaknya sentiasa berusaha menyalurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan.


Sementara itu, wakil komuniti, Solumin, mengucapkan penghargaan kepada YBR dan Ewon atas sumbangan yang telah diberikan. Katanya, bantuan tersebut banyak membantu dalam kelancaran majlis yang bakal diadakan dan memberi manfaat kepada penduduk kampung.


“Inisiatif ini sangat bermakna bagi kami, dan kami amat berterima kasih atas keprihatinan serta sokongan yang diberikan. Dengan adanya sumbangan ini, persiapan majlis dapat dilaksanakan dengan lebih baik,” ujar Solumin.


Majlis Ramah Mesra sempena Hari Raya ini dijangka akan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat, selain menjadi platform bagi perbincangan mengenai keperluan serta kebajikan komuniti Kampung Lobong-Lobong.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page