YBR sampaikan Bantuan Awal Pendidikan kepada 49 pelajar di Tongod
top of page
  • Wartawan Nabalu News

YBR sampaikan Bantuan Awal Pendidikan kepada 49 pelajar di Tongod

24 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


TONGOD: Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengampaikan Bantuan Awal Pendidikan kepada 49 pelajar Tingkatan 6 dan Kolej kawasan daerah Tongod di Dewan Dongison Kg.Simpang Entilibon, di sini, kelmarin.


Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pendidikan itu disempurnakan oleh Pengerusi YBR Datuk Philip Lasimbang.


Pengerusi Persatuan Peniaga Wanita Sabah (SWEA) Mohina Sidon merakamkan ucapan terima kasih kepada YBR atas bantuan itu dan berharap ia dapat mengurangkan bebanan kewangan keluarga pelajar berkenaan.


“Bantuan CSR daripada Yayasan Bank Rakyat ini banyak membantu sekolah dan pelajar di Deerah Tongod.


“Saya berharap pelajar yang menerima bantuan akan lebih fokus kepada pembelajaran. Ini kerana pendidikan adalah salah satu cara menokhtahkan kemiskinan dalam masyarakat,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page