YBR sumbang kalkulator kepada pelajar B40 SMK Entabuan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

YBR sumbang kalkulator kepada pelajar B40 SMK Entabuan

27 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TENOM: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyampaikan sumbangan 150 buah kalkulator kepada para pelajar kurang berkemampuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entabuan, pada Jumaat.


Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Pemegang Amanah YBR, Junik Bajit.


Sumbangan itu diberikan kepada pelajet yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Selepas penyampaian sumbangan itu, Junik turut melawat beberapa reruai pameran.


Program ini dianjurkan oleh pihak pentadbir sekolah dengan tujuan membentuk kemanjadian para pelajar.


Junit merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua SMK Entabuan, Azlan Dimon, serta semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.

bottom of page