top of page
Search


Operasi 24 jam agensi Kerajaan di Pelabuhan Sepanggar secara OT ikut permohonan pemilik kontena
23 Oktober 2026 KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, pelaksanaan waktu operasi 24 jam oleh agensi kerajaan di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar ketika ini dibuat secara kerja lebih masa (OT) berdasarkan permohonan pengguna pelabuhan. Beliau berkata, pelaksanaan itu melibatkan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bertanggungjawab da
nabalunews


Ewon mahu larangan parkir treler di Jalan Pelabuhan Sepanggar dikuatkuasakan
23 Oktober 2026 KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick mahu larangan meletakkan treler kontena di bahu jalan sepanjang Jalan Pelabuhan Sepanggar dan kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dikuatkuasakan susulan kemalangan yang meragut nyawa baru-baru ini. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, satu perbincangan khas akan diadakan bersama agensi penguatkuasaan berkaitan bagi memastikan p
nabalunews


20 graduan program kemahiran terima tawaran pekerjaan di Johor
23 Oktober 2026 KOTA KINABALU: Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan daripada GN Resound Malaysia di Johor selepas menamatkan latihan kemahiran dalam bidang elektronik dan pematerian mikro berketepatan tinggi. Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, tawaran itu merupakan hasil kerjasama strat
nabalunews


Program Komuniti Prihatin sokong kesihatan mental, hapus stigma di Kota Belud
Oleh : Romie Stanley DGuns 22 Oktober 2026 KOTA BELUD – Seramai 30 orang peserta menyertai Program Komuniti Prihatin di Dewan Kampung Lahanas Sokid, Kota Belud, hari ini bagi menyokong kesihatan mental dan menghapuskan stigma terhadap penyakit mental selaras dengan SDG 3: Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan. Program yang berlangsung dari 8 pagi hingga 1 tengah hari itu dianjurkan oleh APPGM-SDG (All-Party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals) dengan
nabalunews


JPJ Kota Belud Laksana Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan
Oleh : Romie Stanley DGuns 22 Oktober 2026 KOTA BELUD - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kota Belud melaksanakan Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan di Jalan Kota Belud–Kudat semalam bagi meningkatkan tahap pematuhan pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan terhadap undang-undang serta peraturan pengangkutan jalan raya. Operasi tersebut juga bertujuan memastikan kenderaan yang beroperasi mematuhi spesifikasi dan standard keselamatan yang ditetapkan. Menurut JPJ,
nabalunews
bottom of page
