top of page
  • Wartawan Nabalu News

1,000 murid dari Kadamaian terima bantuan ‘Kembali Ke Sekolah” AIM

9 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 1,000 murid dari 21 buah sekolah rendah dan menengah kawasan Kadamaian menerima bantuan keperluan sekolah sempena Program “Kembali Ke Sekolah” anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) satu daripada agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).


Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu seramai 540 murid sekolah rendah dan 460 murid sekolah menengah menerima sumbangan berupa kelengkapan sekolah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM300,000.


Beliau berharap bantuan seumpama itu dapat meringankan bebanan ibu bapa berikutan peningkatan kos sara hidup dan membantu murid sekolah memulakan persekolahan baru yang akan bermula Isnin ini.


“Inisiatif ini telahpun dilaksanakan oleh AIM sejak beberapa tahun lalu untuk membantu menyediakan keperluan anak-anak Sahabat AIM di seluruh negara.


“Saya melihat reaksi ibu-ibu yang mengiringi anak-anak mereka yang menerima sumbangan ini amat gembira dan menyatakan penghargaan kepada AIM kerana membantu mengurangkan kos perbelanjaan membeli keperluan sekolah untuk anak-anak mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program ‘Kembali Ke Sekolah’ anjuran AIM, di Dewan Terbuka Kadamaian Square, di sini, hari ini.


Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri Syed Hussian Syed Junid dan para pegawai kanan AIM.


Senarai sekolah yang menerima sumbangan Kembali Ke Sekolah ialah SK Gensurai, SK Kelawat, SK Lasau Podi, SK Lasau Tintapon, SK Mengkulat, SK Nahaba, SK Narinang, SK Piasau, SK Pinolobu, Sk Podos, SK Rangalau, SK.Sayap, SK Taginambur, SK Tambulion, SK Tamu Darat, SK Tengkurus, SK Terintidon dan SK Tuguson.


Manakala sekolah menengah yang menerima sumbangan itu ialah SMK Arshad, SMK Narinang dan SMK Tambulion.

Comments


bottom of page