top of page

1,600 Mangsa Banjir Dipindahkan Ke PPS

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read


4 May 2025


KOTA KINABALU: Seramai 1,600 mangsa banjir melibatkan 479 keluarga di dua daerah di negeri ini dipindahkan ke enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, dua daerah yang terjejas banjir adalah Beaufort dan Sook melibatkan 19 kampung.


Katanya, daerah Sook terus mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 1,268 mangsa daripada 377 keluarga dipindahkan.



“Setakat ini, sebanyak empat PPS dibuka di daerah Sook iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2, Dewan Kampung Ansip Tengah, Dewan Datuk Ellron Angin dan Dewan Masyarakat Sook.


“Manakala bagi daerah Beaufort pula melibatkan pemindahan 332 orang dari 102 keluarga,” katanya.


Menurutnya, satu lagi PPS baharu dibuka di Dewan Residensi PRIMA Woorford Estate hari ini, dan proses pendaftaran masih berlangsung ketika ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page