10,000 pengunjung meriahkan program KUSKOP di Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

10,000 pengunjung meriahkan program KUSKOP di Penampang


Ewon bersama tetamu-tetamu kehormat memotong kek sempena sambutan Krismas.

25 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Hampir 10,000 pengunjung menghadiri program Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang berlangsung selama dua hari di Pusat Kebudayaan Penampang, di sini.


Program Kesepaduan Komuniti Usahawan dan Koperasi Parlimen Penampang dan Majlis Ramah Mesra sempena Sambutan Krismas Menteri Kuskop Bersama Usahawan Parlimen Penampang, diadakan sejak kelmarin (Sabtu).



Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, sambutan Krismas adalah antara wadah terbaik penyatuan rakyat pelbagai kaum di negara ini.


Beliau berkata, ini kerana amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi dapat mengeratkan lagi perpaduan, menjalin persefahaman serta mengukuhkan silaturahim diantara pemimpin dan rakyat pelbagai kaum.


"Selain menyambut Krismas, pada masa yang sama orang ramai memperolehi maklumat mengenai pelbagai jenis bantuan dan pembiayaan yang ditawarkan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP.



“Program serampang dua mata ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan yang lebih erat, tetapi pada masa yang sama dapat berkongsi wawasan dan maklumat lebih lanjut mengenai program-program dan pembiayaan yang disediakan agensi-agensi kita.


“Saya lihat sepanjang dua hari program ini, sambutannya amat memberangsangkan. Majlis ramah mesra Krismas ini yang turut dihadiri oleh para pemimpin kerajaan negeri, menunjukkan keakraban pemimpin kerajaan Perpaduan persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya.



Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Haji Zamri Salleh, OCPD Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim dan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Yahyah Hussin.


Pelbagai acara menarik disusun sempena majlis itu, termasuk persembahan pentas melibatkan enam kumpulan koir iaitu Wanita UPKO Penampang, Belia St. Joseph Pogunon, Kumpulan Catholic Community Four (KCC4), Belia Gereja Katolik Madsiang, Kumpulan Koir Limbanak dan Our Lady Queen of Peace Catholic, Kobusak.


Selain itu, agensi-agensi di bawah KUSKOP yang terlibat dalam pameran ialah Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), IKMa, INSKEN, UDA Holdings Berhad, SME Corp. Malaysia, PERNAS dan AIM.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page