10 peserta sertai bengkel pembuatan baju tradisi anjuran UPKO Wanita Nangoh10 peserta sertai bengkel pembuatan baju tradisi anjuran UPKO Wanita Nangoh
top of page
  • Wartawan Nabalu News

10 peserta sertai bengkel pembuatan baju tradisi anjuran UPKO Wanita Nangoh


13 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Seramai 10 orang peserta berjaya menghasilkan baju tradisi Dusun Labuk menerusi Program Bengkel Pembuatan Baju Tradisi Labuk anjuran Wanita UPKO Zon Nangoh.


Penganjur program, Mariani Michael berkata pelbagai cabaran yang dihadapi para peserta yang mengikuti bengkel itu, antaranya kekangan pergerakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kenaikan harga bahan jahitan.


Bagaimanapun, beliau merakamkan penghargaan kepada Lisa Jumin selaku tenaga pengajar sepanjang bengkel diadakan di atas komitmen tugasannya.


Sepanjang program itu, kelas pembuatan dan jahit sulam baju tradisi diadakan di rumah peserta dan mereka juga menyertai bengkel secara maya dari rumah masing-masing.


Mariani yang juga mewakili Wanita UPKO Zon Nangoh berterima kasih kepada Ketua Wanita UPKO Pusat, Datin Juliana Jani atas dana yang diluluskan bagi membantu pelaksanaan program itu.


Tambahnya, beliau turut menerima sumbangan derma bagi pelaksanaan program tersebut dari Wanita UPKO Beluran.


“Kami merasa amat terharu dengan sokongan moral dari ramai pihak sehingga kami berjaya menyiapkan baju tradisi yang kami impikan.


“Semoga usaha ini dapat menjana pendapatan tempahan baju kelak,” katanya.


Majlis penutupan diadakan kelmarin di Dewan Serbaguna Kg Rancangan Nangoh, di sini, dan disempurnakan oleh Barry Masuil yang mewakili Ketua UPKO Bahagian Beluran, Felix Joseph Saang.

Tags:

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page