top of page

100 mesin hemodialisis akan diagihkan ke hospital, klinik di Sabah

  • nabalunews
  • Jun 13, 2025
  • 1 min read

James menunjukkan sebahagian mesin hemodialisis untuk diagihkan ke beberapa hospital dan klinik di Sabah, menerusi Skim Bantuan Kesihatan Sabah Maju Jaya (SMJ) 'Sabah Sejahtera'.
James menunjukkan sebahagian mesin hemodialisis untuk diagihkan ke beberapa hospital dan klinik di Sabah, menerusi Skim Bantuan Kesihatan Sabah Maju Jaya (SMJ) 'Sabah Sejahtera'.

13 Jun 2025


KOTA KINABALU: 100 mesin hemodialisis tambahan akan diagihkan ke beberapa hospital dan klinik di Sabah, menerusi Skim Bantuan Kesihatan Sabah Maju Jaya (SMJ) 'Sabah Sejahtera'.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, jumlah peruntukan keseluruhan Skim Bantuan Kesihatan Sabah Maju Jaya (SMJ) 'Sabah Sejahtera' adalah RM8.5 juta iaitu kos rawatan RM4 juta dan mesin hemodialisis adalah RM4.5 juta.


"Sumbangan mesin hemodialisis ini adalah inisiatif Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat KPMKR bagi meringankan beban kepada pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESRF) di negeri Sabah khususnya dari golongan kurang berkemampuan," katanya.


Beliau berkata demikian sempena majlis simbolik penyerahan mesin hemodialisis kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di Hospital Queen Elizabeth 2, dekat sini pada Khamis.


Majlis itu disempurnakan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Turut hadir Pengarah Hospital Negeri Sabah, Maria Suleiman.


James, yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata, rekod menunjukan pesakit ESRF di fasiliti kerajaan Sabah terus meningkat dari 1,831 pesakit pada tahun 2020 kepada 2,133 pesakit pada 2024.


"Dengan peningkatan jumlah pesakit ESRF setiap tahun, kerajaan negeri terus komited menambah baik perkhidmatan rawatan bagi memastikan pesakit mendapat akses rawatan yang mencukupi dan berkualiti," katanya.


James berkata, setakat ini, Sabah mempunyai 474 mesin hemodialisis, namun hanya 435 berfungsi dengan baik, manakala 39 mengalami kerosakan.


Selain itu katanya, pesakit yang menerima ataupun menggunakan perkhidmatan mesin hemodialisis turut dikecualikan membayar RM13.00


"Kerajaan juga memberi subsidi RM100 kepada pesakit yang melakukan rawatan kendiri di rumah (CAPD)," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page