• nabalunews

11 MAUT TANAH RUNTUH DI LOMBONG ARANG BATU DI SUMATERA SELATAN


22 OKTOBER 2020


JAKARTA: Tanah runtuh di lombong arang batu di wilayah barat Sumatera Selatan, Indonesia pada Rabu petang meragut 11 nyawa, lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian berlaku di sebuah lombong haram terletak di kampung Tanjung Lalang di daerah Muara Enim, kira-kira 4 petang waktu tempatan, kata ketua unit operasi dan kecemasan wilayah, Iriansyah. 

"Sebelas pelombong tertimbus pada kedalaman kira-kira lapan meter. Lombong arang batu diklasifikasikan sebagai lombong tradisional," katanya.


Keadaan tanah bukit di sekitar lokasi kejadian tidak stabil, semua mayat sudah dijumpai dan dikeluarkan, kata Iriansyah. - Bernama

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com