top of page

Ewon hargai KESUMA lulus RM500,000 biayai pelajar TVET Aeroangkasa

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 2 min read
Ewon dan Firdaus melawat pusat latihan di Mega Aerospace Centre Sdn. Bhd.
Ewon dan Firdaus melawat pusat latihan di Mega Aerospace Centre Sdn. Bhd.

21 Ogos 2026


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick, menghargai komitmen Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang meluluskan dana RM500,000 bagi membantu pembiayaan pelajar yang mengikuti latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang aeroangkasa di Mega Aerospace Centre (KKIP Aerospace Training Centre).


Beliau berkata, kelulusan dana itu merupakan permulaan penting dalam usaha membuka lebih banyak peluang kepada anak muda Sabah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang aeroangkasa sekali gus membina masa depan mereka dalam industri berkenaan.


“Saya menghargai kelulusan sumbangan dana pembiayaan pelajar di pusat ini sebanyak RM500,000.


“Saya yakin kelulusan permulaan ini akan dapat membantu membina masa depan anak-anak muda Sabah yang memilih pengajian TVET di pusat ini.


“Dalam masa yang sama, Kerajaan Sabah melalui Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan Tabung Pendidikan Sabah turut membantu pembiayaan pelajar di pusat ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan kerja bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, ke Mega Aerospace Centre Sdn. Bhd. (KKIP Aerospace Training Centre) di Tuaran, hari ini.


Ewon berkata, pembangunan latihan TVET dalam bidang berkemahiran tinggi penting bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja tempatan yang mempunyai kemahiran bersesuaian dengan keperluan industri.

Ewon (empat dari kanan), Firdaus (dua dari kanan) menyaksikan sesi pertukaran dokumen antara Mega Aerospace yang diwakili CEO
Ewon (empat dari kanan), Firdaus (dua dari kanan) menyaksikan sesi pertukaran dokumen antara Mega Aerospace yang diwakili CEO

Bonnie Too dan Ts. Sudirman Hammade, mewakili ADTEC JTM Kota Kinabalu. Turut kelihatan Cecilia dan Jennifer.

Bersempena kunjungan itu, turut diadakan upacara ringkas menandatangani dan pertukaran Surat Niat kerjasama antara Mega Aerospace Centre dan ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu.


Kerjasama itu merupakan antara usaha memperkukuh jaringan latihan TVET serta pembangunan kemahiran dalam bidang aeroangkasa di Sabah.


Turut hadir, Pengerusi Mega Aerospace Centre, Senator Datuk Nelson Angang; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET), Datuk Thomas Logijin; dan Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Sdn Bhd, Cecilia Amid.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page