120 orang hadiri majlis apresiasi dan perpisahan murid prasekolah dan tahun 6 SK Kaung
- nabalunews
- Jan 17
- 1 min read

17 Januari 2025
KOTA BELUD: Seramai 120 orang telah menghadiri majlis apresiasi dan perpisahan bagi murid prasekolah dan tahun 6 sesi akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung.
Acara ini dihadiri oleh murid-murid, ibu bapa, dan kakitangan SK Kaung, serta wakil komuniti seperti Ketua Kampung Kaung dan Lobong-Lobong 2, bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari kedua-dua kampung.
Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, serta menghargai mereka yang menunjukkan sahsiah terpuji, hadir penuh sepanjang tahun, dan pengawas yang telah melaksanakan tugas mereka dengan baik.
Comments